NAKMARAH…MARAHLAH!

Cetusan Reformasi & Keterbukaan Minda

Berita Mutakhir: Anwar batal sidang media pada saat akhir

DIkirim oleh nakmarahmarahlah di 1 Julai 2008

EKORAN pelbagai ancaman diterima termasuk dakwaan meliwat oleh pembantunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil keputusan untuk berlindung sementara di kediaman rasmi Duta Turki sejak pagi Ahad lalu.

Beliau bagaimanapun kemudiannya bersetuju meninggalkan rumah duta berkenaan lewat petang tadi selepas diberi jaminan keselamatan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR dan peguam Sankara Nair untuk pulang ke kediamannya di Bukit Segambut.

Pada malamnya, Ketua Umum PKR itu yang dijadual mengadakan sidang media tergempar dan menyampaikan amanat di ibu pejabat PKR telah membatalkannya pada saat-saat akhir. Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali.

Difahamkan, pembatalan itu untuk membolehkan Anwar berbincang dengan kumpulan peguamnya di satu lokasi yang tidak diketahui dan hanya akan memaklumkan masa sesuai sidang media itu diadakan.

Untuk mengikuti perkembangan mutakhir Anwar sebelum dan selepas berlindung di kediaman Duta Turki, sila tontoni video menarik yang dipaparkan.
 

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>